Hold a true friend and don't let go~

28.2.12


~Assalamulaikum~

Setiap orang ada sahabat yang kite paling rapat kan. Tak kisah la kaya atau miskin, cantik atau kurang cantik, perbezaan peringkat umur yang penting kita ikhlas dalam persahabatan. Kalau orang tu nak kawan kita sebab kita kaya, cantik, gila glam0ur lempang laju-laju.

Sejujurnya aku masih mencemburui salah seorang sahabat yang aku sayang. Dalam fikiran aku dia sempurna dalam segala hal. Ramai kawan yang selalu bersama di sisi, keluarga yang ceria dan bahagia, teman lelaki yang baik dan memahami, oarngnya cantik,kiut miut. Cemburu. Tetapi cemburu bertempat ye. Tak ada perasaan dengki, sebab dia kawan yang aku sayang.


Kadang-kadang sahabat yang kita sayang tu tak pernah sedar dan tak ambil peduli pun tentang diri kita tapi kita tak mampu untuk orang lain menyayangi kita sebagaimana kita menyayangi mereka.

Susah tau nak dapat kawan yang betul-betul kita rapat, yang boleh dengar masalah kita tanpa rasa jemu, yang b0leh bantu kita dalam kesusahan, bagi semangat saat kita gagal, menyok0ng kita saat kita berjaya, sama-sama susah, sama-sama senang.

Susah kan!

Aku susah sangat nak marah orang lain yang ada di sekeliling aku kalau aku terasa pun aku anggap semua tu cuma gurauan dan mampu bagi senyuman untuk di0rang. Pernah juga aku terasa dengan sikap kawan yang aku anggap rapat. Aku sedih sangat bila terasa seolah-0lah macam dipinggirkan. Pertama kali aku marah salah seorang kawan yang aku sayang. Memang aku tak boleh nak kawal perasaan aku. Aku marah dalam keadaan menangis. Dua hari aku buat tak tahu.

Tapi hati manusia sampai bila nak marah lama-lama sejuk jugak. Dalam beberapa jam pun hati boleh sejuk. Alhamdulillah aku bukan orang yang penuh perasaan dendam dan hasad dengki. Masa dia minta maaf tu aku dah tak marah lagi sebab aku anggap setiap orang pernah buat kesilapan. Sedih pulak aku tengok dia menangis masa mintak maaf pada aku. Rasa diri ni kejam sangat. 


Macam adik aku pulak kalau kami bergaduh dia akan cakap :

'Mintak maaf tau' dan salam tangan aku.

Kalau aku tolong dia buat sesuatu dia akan ucap :

 'Terima kasih sebab tolong'.


 Itu dah cukup buat hati aku rasa sejuk. :) Apa-apa pun hargailah kawan yang masih ada bersama kita. Usaha jadi kawan yang terbaik dan disayangi. Ok sayang dah maghrib. sayang kawan saya ketat-ketat. Love~ 
Salam




 
S Pink Premium Pointer