Tips membina keyakinan diri ketika memandu

12.2.15


Assalamualaikum.. Dengan Nama Allah yang Maha Pengasih Maha Penyayang..

Disebabkan kerja dah takda jadi curi masa sikit nak tulis entry bagaimana nak bina keyakinan diri memandu kereta. Normal kalau siapa-siapa yang baru nak belajar memandu kereta. Sebenaqnya ceq dapat lesen baru ja setahun.. Masih sticker P lagi.. hee~

Tapi takpa la kan sebab tips-tips yang aku bagitau ni memang aku dah try dengan jayanya. Tips yang aku senaraikan ni adalah khas untuk kakak cantik adik manis yang takut bawa kereta. Aku percaya yang ada diantara mereka-mereka ni peram lesen dalam dompet bertahun-tahun nak buat budu.

Ok mula cerita.


Lepas dapat lesen P jangan set mind yang kita tak boleh bawa kereta. Aku dulu sehari lepas dapat lesen aku teringin bawa kereta tapi tentulah orang sekeliling tak akan percaya punya yang kita boleh bawa kereta terutama mak kita. Takut kereta tu terhumban dalam parit.

Jadi aku kena jadi anak yang taat. Seminggu lepas tu hati berkobar-kobar nak belajar bawa kereta. First, kita kena yakinkan salah seorang dari keluarga kita contoh ayah, kakak atau abang. Kedua, hati kena bersedia dengan apa jua keadaan yang mendatang. Kena berani dan yakin.

Aku katakan pada mak tersayang:

"Mak nak belajar bawa kereta........"
"Tak boleh. Tak pandai lagi bawa kereta. Suruh abah teman.."

Nak suruh abah teman sampai malam la aku kena tunggu. Abah sibuk menguruskan perniagaan tapi jeng jeng jeng....

"Ha bawak lah kereta tu. Bawa pelan-pelan jalan kampung.." - abah
"Sorang-sorang???
"Yela.."

Yess!! abah bagi. First bawa kereta bukan kereta kecik.Sedebuk besar punya kereta yang abah suruh aku bawa. Bukan auto tapi manual. Manual ye. Jadi dengan kepercayaan yang abah bagi aku beranikan diri bawa keliling kampung. Rasa takut tu jangan cakap la. Menggeletar. Kejap-kejap brek. Kejap-kejap mati enjin. Bila berselisih dengan kereta jadi gabra. Belajar cuma gear 1 dan 2.


Kalau rasa dah yakin diri boleh memandu dengan baik. Dah tau macam mana nak kawal minyak, clutch, guna brek tangan/kaki, tengok cermin sisi/depan, signal kiri kanan baru la cuba untuk bawa kereta di jalan yang tidak terlalu sibuk. Jangan guna jalan yang sibuk kalau tak biasa bawa kereta sebab nanti kau akan menyusahkan orang nak ikut kau dari belakang, dan juga kau kena tahan telinga bunyi hon berkali-kali.

Boleh je cuba hantar anak pergi sekolah atau pergi supermarket/kedai terdekat beli barang dapur. Macam aku mula-mula memang tak berani bawa luar dari kampung, yang menyebabkan aku terpaksa bawa luar dari kawasan kampung bila adik aku suruh hantar dia pergi tuisyen. 

 

Bayangkan aku baru bawa kereta dua kali je lepas dapat lesen dia boleh suruh hantaq dia pi tuisyen. Semangat yang adik aku bagi telah meningkatkan keyakinan diri aku untuk memandu.

"Wei hantar aku gi tuisyen. Ko dah dapat lesen kan. Kalau ko takut sampai bila-bila pun ko tak pandai bawa kereta. Ni la masanya ko belajar bawa kat jalan raya. Aku percaya ko boleh punya bawa kereta. Ko kena berani, yakin."

Aku mintak izin pada mak abah dulu nak bawa kereta. Seperti selalu abah aku memang beri kepercayaan penuh pada aku untuk memandu. Mak agak ragu-ragu nak izinkan aku memandu. Tapi biasalah kan, kalau dah nama pun isteri kena la ikut cakap suami. Hehehe...

Masa nak hantar adik aku ikut jalan kampung yang berlubang-lubang, teruk betul jalan. Tapi tak takut sangat nak drive, tak ada kereta lalu situ. Tapi bila balik je aku jadi takut sebab aku sorang-sorang yang drive, aku ambil keputusan bawa ikut jalan banyak kereta. 

Aku nak pesan kalau dalam keadaan macam tu jangan takut. Jangan TAKUT. Kau tenangkan diri. Bawa pelan-pelan. Masa ni la kita belajar guna gear, belajar tengok side mirror, cermin depan, belajar main clutch, brek. 

Aku belasah je guna gear berapa pun. Naik bukit aku belasah gear 4. Lambat macam siput. Bila dah perlahankan kereta dari gear 4 tak reti pulak aku nak tukar gear rendah. Lambat macam siput lagi. 

Orang hon, biarkan deme. Biaq pi la. Tak nampak ke lesen P.. (-_-)'

Dan akhirnya sampai jugak ke rumah. Mak dengan abah call banyak kali risau jadi apa-apa kat aku tak terangkat sebab fokus bawa kereta.


Bila jadi apa-apa jangan putus asa. Aku tak pernah mengalami kemalangan besar jadi aku tak tahu perasaan fobia tersebut. Tapi kalau berlaku kemalangan kecil, jangan terus putus asa. Pengalaman macam ni memang normal bagi sesiapa yang baru mula belajar memandu.


Aku banyak pengalaman macam ni. Biar aku senaraikan.

- Terlanggar 'bontot' motor orang.
- Langgar batu besar sampai terangkat kereta dan stuck.
- Tergesel sikit kereta orang masa masuk parking.
- Langgar divider, kereta sisi bercalar.
- Langgar lampu merah, banyak orang hon di simpang 4.
- Hampir berlanggar dengan motor sebab blind spot.
- Langgar kereta kakak masa nak buat pusingan L.

Bahaya.

Memang bahaya orang yang tak berapa pandai bawa kereta bila memandu di jalan raya. Tapi nak buat macam mana benda nak jadi. Tak boleh nak elak. Sebab tak banyak pengalaman. Kalau tak bawa kereta sampai bila nak pandai.

Tapi kalau rasa tak yakin, bawa sesiapa duduk sebelah untuk tengok cara kita memandu. Dalam masa yang sama boleh belajar cara pemanduan yang betul. Make sure yang sebelah korang tu cekap bawa kereta manual atau kedua-duanya sekali (auto+manual).

Kalau nak belajar kereta manual jangan la pulak bawa orang yang tak pandai bawa manual kalau tak dengan dia dia sekali cuak tak ingat. Lagi satu, pilih orang yang boleh ajar kita dengan sabar. Kalau ajar pun tengking-tengking silap-silap terus tak mau bawa kereta.



Bila rasa keyakinan diri tu dah tinggi, barulah cuba memandu di jalan yang agak sibuk. Tapi bila dah mula memandu dekat jalan yang banyak kereta, lori, motor. Hati tu kena kental, sabar, berani, yakin.

Bukan nak menakutkan tapi inilah realiti. Keadaan jalan yang berbeza-beza. Ada jalan yang rosak/berlubang, jalan yang berbukit, jalan banyak selekoh, jalan banyak simpang, roundabout, jalan yang licin dan macam-macam lagi. Ko kena bersedia memandu dalam apa jua keadaan.

Bawa perlahan pun tak apa tapi jangan la terlalu perlahan sehingga menyusahkan kereta yang ikut dari belakang. Kalau rasa tak yakin bawa la ayah, abang atau sesiapa yang cekap bawa kereta. Aku prefer bawa lelaki yang mahram, jangan la bawa boypren ke kawan baik ke sebab macam-macam boleh jadi. Kot nya ko salah pusing stereng nanti tak sengaja tersentuh tangan kita sebab nak betulkan stereng.

Sebab apa aku suruh bawa si lelaki?
sebab lelaki lebih cekap dalam pemanduan kereta berbanding wanita. Itu aku akui. Kalau ada seseorang bersama kita semasa memandu, mereka boleh beri tunjuk ajar pemanduan yang betul pada kita.

Apa yang kita belajar semasa sekolah memandu sangatlah sedikit berbanding bila kita memandu di jalan raya yang sebenar. Kita mesti belajar ketika berhenti di bukit bukan?? Masa tu tak ada kereta. Cuba bayangkan jalan raya sebenar yang penuh dengan kereta. Terkedek-kedek kita nak gerakkan kereta akhirnya enjin mati. Mesti pernah dengar pengalaman orang yang mana kereta berundur ketika di bukit sebab enjin mati??

Semua tu aku pernah alami sendiri. Macam-macam pengalaman aku dah rasa.

Aku pernah praktikal untuk jawatan kerja di Shah Alam sebelum aku bekerja di Kajang. Masa tu aku tak ada kereta. Lepas sebulan kerja di Shah Alam, baru dapat kereta ayah belikan. Tau la kan jalan dekat Shah Alam. Sesak. Masa tu aku baru 6 kali belajar bawa kereta. Dua kali di kawasan rumah. 4 kali di kawasan pekan. Tup tup nak bawa dekat jalan raya besar yang sibuk.

Mak memang tak yakin aku boleh bawa kereta tapi seperti biasa abah bagi sepenuh kepercayaan pada aku. Dia nasihat bawa perlahan-lahan. Jangan bawa laju sangat. Ni aku nak bagitau sebelum memandu makesure kau kena ada :

Keberanian. Keyakinan. Ketenangan.

Rasa berani tu tak akan datang kalau kau tak push diri kau untuk rasa berani. Bila kau dah ada keberanian kau tak boleh patah balik. Nak tak nak kau kena yakin pandu kereta. Bila dah yakin jangan cepat gabra kalau ada lori lalu sebelah kereta kau, ada orang hon kat kau, ada orang cucuk-cucuk belakang kau. Kena kekal tenang. Anggap yang kau budak baru belajar. Kalau kau cemas takut kau tak boleh kawal perasaan dan akan menganggu pemanduan kau sendiri.

Sebenarnya dulu aku tersangatlah fobia bawa kereta. Itu sebab umur 26 baru aku belajar bawa kereta. Baru ambil lesen.

Tapi desakan oleh keluarga dan cabaran dari kakak ipar aku yang membuatkan aku kena buktikan pada dia yang aku boleh bawa kereta.

Kakak ipar pernah kata kat aku :

"Siti kalau dah dapat lesen mesti simpan je dalam beg duit..Akak tak caya kau boleh bawa kereta. Macam akak setahun baru berani bawa kereta.. Itu pun dekat area kawasan pekan.."

"Yeke. Ok nanti ct buktikan ct boleh bawa kereta kat pekan bila dah dapat lesen."

Disebabkan itulah aku sahut cabaran kakak ipar untuk membuktikan pada dia yang aku boleh bawa kereta sebaik sahaja dapat lesen bukan simpan lesen dalam dompet buat asam jeruk selama beberapa tahun.


Berbalik kepada cerita sebelumnya. Kereta aku pernah mati enjin berkali-kali di lampu isyarat jalan berbukit. Aku ikut step di sekolah memandu tapi gagal disebabkan clutch kereta terlalu tinggi. Perasaannya hanya Allah yang tahu. Rasa takut kena marah orang belakang, risau kenapa kereta asyik mati je. Rasa cemas + cuak. Bila rasa macam tu istighfar banyak-banyak dan tenangkan diri.

Pengalaman yang berlaku tak membuatkan aku takut bila lalu jalan berbukit di lampu isyarat tapi aku berusaha untuk belajar bagaimana cara mengawal minyak+clutch daripada enjin mati dan kereta tidak berundur tanpa mengangkat brek tangan. 

Aku juga terpaksa melalui di laluan roundabout yang sesak dengan kereta. Takut?? Aku sedaya upaya untuk bertenang sebab tak ada cara lain lagi melainkan melalui jalan tersebut. Bila menggunakan laluan roundabout kita kena belajar sikap bertolak ansur. Dan kita kena tahu prinsip laluan apabila berada di kawasan roundabout, jangan main redah je tak pasal-pasal kena marah dengan orang dan juga boleh menyebabkan kemalangan. 

 

Lepas biasakan diri bawa kereta pergi-balik kerja setiap hari sedikit sebanyak memberi keyakinan pada aku untuk pandu kereta balik ke kampung ikut lebuhraya. Di lebuhraya kita boleh guna lorong kiri jika memandu perlahan, lorong tengah untuk yang memandu dalam kelajuan biasa dan lorong kanan untuk memotong.


 

Aku pernah memandu kereta dalam kelajuan perlahan di lorong kanan. Aku tak perasan yang aku dah menyusahkan orang yang ingin memotong. Mujur perasan awal, terus tukar lorong tengah. Bila berada di lebuhraya keyakinan nak bawa laju tu tinggi sikit sebab jalan agak besar. Bermula dari situ la aku belajar pandu kereta di lebuhraya dengan kelajuan tinggi sedikit dari sebelumnya. Dan aku jugak belajar guna gear ikut kelajuan dan keadaan. Apa yang penting kena yakin dan berani.

Berbeza dengan sebelum ni, di lebuhraya juga aku pernah bawa dalam kelajuan 120km/j di lorong kanan. Tiba-tiba kereta depan brek mengejut. Kalau kau, kau rasa apa?? Macam nak luruh jantung. Aku brek mengejut jugak la sampai tayar kereta berbunyi + berpusing.

Cuak??
Semestinya.

Tapi seperti biasa kena kekal tenang. Aku berhenti dekat tepi lebuhraya bagi isyarat kecemasan sebab nak tengok keadaan tayar aku. Takut ada masalah. Bila tak ada apa-apa teruskan perjalanan seperti biasa.

Kereta aku juga pernah mati di tengah-tengah jalan dari persimpangan nak masuk simpang ke kiri. Ada lori yang nak lalu jalan tersebut tapi lori tu jauh lagi, aku sempat start kereta dan berundur ke belakang. Alhamdulillah, Allah masih memanjangkan umur aku. Ini lah bahaya kalau tak pandai kawal clutch+minyak masa nak mula gerakkan kereta.

Blind Spot?? Ye pernah juga.

Siapa tak tahu apa itu blind spot meh nak terangkan. Nak lebih mudah faham kita tengok cermin sisi atau cemin pandang belakang, masa tu kita tak nampak kereta lain dari cermin sisi mahupun cermin pandang belakang. Tapi bila toleh kepala ke tepi kita perasan ada kereta lain tepi kereta kita. Itulah blind spot. Aku juga hampir-hampir berlanggar dengan kereta orang. Tapi nasib baik orang tu perasan dan hon bagi amaran.

Cemas?? Siapa tak cemas. Bila jadi macam tu fikir apa salah kita. Kenapa jadi macam tu. Jadi bila kita nak masuk lane kanan atau kiri, pastikan bagi signal dalam beberapa saat, tengok cermin sisi atau cermin pandang belakang toleh sikit ke kiri/kanan kalau yakin tak ada kereta baru tukar lane.


Hujan Lebat. Dalam keadaan hujan memang sangat bahaya ketika memandu di jalan raya. Jalan yang licin, Penglihatan yang terbatas. Aku pernah memandu kereta dalam kedaan hujan yang sangat lebat di lebuhraya. Memang pandangan terbatas. Dalam keadaan macam ni jangan panik. Bawa kereta perlahan-lahan. Pasang lampu.

Kalau tak pasang lampu bahaya untuk pemandu sukar untuk melihat kereta kita dalam pandangan yang terbatas. Mungkin sesetengah orang akan pasang lampu kecemasan ketika hujan. Tapi apa yang aku belajar sebenarnya tak boleh pasang lampu kecemasan pada waktu hujan. Nak tau kenapa sila lah google ye tak pun belek balik buku cara pemanduan.

Semua pengalaman semasa memandu yang pernah aku alami menjadikan aku lebih berani dan yakin untuk memandu kereta. Jangan biarkan rasa takut menguasai diri akak-akak dan adik-adik. Kalau takut sampai bila pun tak pandai bawa kereta. Bila jadi sesuatu jangan putus asa. Jangan terus takut bawa kereta.

Memang kadang-kadang ada rasa takut kalau berlaku kemalangan. Itu semua kuasa Allah. Kalau benda nak jadi, akan jadi. Tapi kita kena jadi pemandu yang berhemah. Kena fikirkan keselamatan diri dan orang lain jugak. Jangan pentingkan diri. Nak bawa kereta kena yakin dan berani. Jangan cepat panik nanti perasaan tu akan terbawa-bawa sampai takut nak pandu kereta. Ok itu je yang aku boleh share serba sedikit. Tengah kerja sebenarnya. Nanti bos marah.. hee~ As salam

 
S Pink Premium Pointer