Kerja Office bawa ke PTSL

7.3.15


Assalamulaikum.
Dengan nama Allah yang Maha Pengasih Maha Penyayang.

Sekarang ni aku ada kat Perpustakaan Tun Seri Lanang, nak siapkan kerja opis yang berlambak-lambak. Haaaaa ini 2nd time aku tak balik kampung sepanjang duduk kat Kajang. Jadi, haruslah meluangkan masa buat apa yang patut kononnya.

Dah lama tak datang sini. Banyak mengimbau kenangan sebagai ex-student UKM. Rindu time belajar dengan kawan-kawan, stay back sampai pagi kadang-kadang ada yang sampai tak tidur satu hari sebab nak siapkan mini projek, kelam kabut menyiapkan assingment. Rindu dengan bubur nasi Zar Bakery. Rindu nak naik bas.

Dulu time takda kereta hari-hari kalau nak pergi mana-mana pun naik bas. Rindu dengan monyet-monyet yang comel lagi dasyat. Sekarang ni pon aku tengah menghirup air manggo sambil melihat kehijauan alam dan kemerduan kicauan burung. Ah!! Skema la kau.



Rancang Wang Sejak Jatuh Cinta.. Cehhh.. Malu I sebut pasal cinta-cinta ni. Ada orang yang pos buku ni suruh baca. Mana-mana aku pergi aku bawa buku ni. Kat opis pun. Tapi bacanya tak. hehehe. Marah pulak si pemilik buku ni nanti. Aku ni kalau kat office kalau banyak kerja memang fokus. Balik kerja lepas makan malam terus lena. Kalau ada masa lebih baru aku baca beberapa helai. Aku tak tau la semenjak kerja ni aku jarang baca buku. Dulu suka gak baca newspaper, magazine, buku kisah zaman dulu kala, novel cinta dan sebagainya.

Sebut pasal novel dulu selalu jugak baca sekarang tidak lagi. Bagi aku novel cinta ni adalah cerita cinta dongeng. Perempuan kampung mesti nak yang cantik je. Then, kahwin dengan orang kaya yang hensem. Habis yang tak cantik tu ape, tak layak untuk lelaki hensem ke?? Menaikkan kemarahan ni..

Stereotaip!!

Eh eh marah pulak dia.. Ahaks. Abaikan.


Dah dah nak buat kerja. Kang kerja entah ke mana.
Nak tau aku buat kerja apa??  Ini aku bagi salah satu contoh testing.
Gambar tak sempat nak tracing lagi. Kerja aku sekarang merangkap buat grafik + aturcara.




Contoh sebahagian aturcara AS 2.0 :

stop();

function disableCheckBtn(){
bCheck.enabled = false;
bCheck._alpha = 50;
}

function enableCheckBtn(){
bCheck.enabled = true;
bCheck._alpha = 100;
}

disableCheckBtn();

var clickObj1:Boolean = false;
var clickObj2:Boolean = false;
var clickObj3:Boolean = false;
var clickObj4:Boolean = false;
var clickObj5:Boolean = false;
var clickObj6:Boolean = false;
var clickObj7:Boolean = false;

bTry._visible = false;
bNext._visible = false;

popupQues1._visible = false;

var curClickObj = 1;
var userTry = 0;

//------CheckBtn
function ObjClicked(){
if(clickObj1 == true and clickObj2 == true and clickObj3 == true and clickObj4 == true and clickObj5 == true and clickObj6 == true and clickObj7 == true){
enableCheckBtn();
}
else {
disableCheckBtn();
}
}

//-----click1
obj1.onPress = function(){
clickObj = 1;
}
obj1.onRelease = function(){
clickObj1 = true;
ObjClicked();
//trace("clickObj1="+clickObj1);
if(clickObj == curClickObj){
curClickObj++;
obj1._visible = false;
//trace("curClickObj="+curClickObj);
}
else
{
curClickObj--;
obj1._visible = false;
//trace("curClickObj="+curClickObj);
}
}

//-----click2
obj2.onPress = function(){
clickObj = 2;
}
obj2.onRelease = function(){
clickObj2 = true;
ObjClicked();
//trace("clickObj2="+clickObj2);
if(clickObj == curClickObj){
curClickObj++;
obj2._visible = false;
//trace("curClickObj="+curClickObj);
}
else
{
curClickObj--;
obj2._visible = false;
//trace("curClickObj="+curClickObj);
}
}

...........dan seterusnya.........

Haa amik kau. Ini coding basic je tau. Kalau yang dah power aturcara AS2 mesti dia gelakkan aku tengok coding macam budak sekolah. Orang sekarang dah advance guna AS3 tapi office aku ni masih mengekalkan zaman dulu kala. Sekarang nak sambung buat coding untuk practise lain pulak. Pening kepala. Ok daa.. As salam.


 
S Pink Premium Pointer