Kurus Kering

31.3.15


Assalamualaikum.
Dengan Nama Allah yang Maha Pengasih Maha Penyayang.





Sekarang masih berada di office. Disebabkan pening kepala memikirkan banyak benda, jadi aku nak cerita tentang kekurusan aku yang terlampau. Sejak dulu aku ni memang orangnya kurus. Tinggi. Tapi bila tengok muka zaman kecik-kecik tembam pulak. Bila dah meningkat dewasa ni hormon berubah, metabolisme pon makin meninggi. Badan pun makin lama makin susut. Banyak la gelaran yang aku dapat.

Kurus Kering
Lidi
Sekepeng
Mayat Hidup
Papan

Hahahaha.. 

Kejam kan dunia. Masalahnya ada diantara yang bagi gelaran ni tak sedar dia tu terlampau obes sampai cakap badan aku dengan gelaran yang tak berapa aku suka nak dengar. Kang aku mengata dia gemuk marah pulak kan. Sentap. Terus merajuk tak ingat. Nasib baik aku ni jenis tak suka nak malukan orang depan orang ramai. Hei kalau nak tegur, cuba la tegur cuma bila ada berdua je. Ni tak kau cakap kuat-kuat sampai semua orang dengar. Macam biasa kalau dengar orang cakap macam tu aku malas nak layan. Jadi aku bagi senyuman yang paling manis. Baiklah.

Kalau nak tegur, tegur lah secara berhikmah. Jangan la gelarkan dengan macam-macam nama. Kalau dah tegur tu bagi la pendapat macam mana nak suruh dia gemukkan/kuruskan badan. Tak pun tolong la dia kalau kita rapat dan dekat dengan dia. Macam ingatkan dia waktu makan. Kadang-kadang orang kurus ni dia suka skip makan dan terlalu banyak berfikir sampai tak sempat nak makan.

Siapa suka kurus sangat?? Aku sebenarnya tak suka kurus sangat macam sekarang. Tapi makan banyak-banyak pun badan aku tetap maintain tak pernah nak naik-naik. Mungkin cara aku makan tak betul. Mungkin sebab bila dah makan cepat sangat lawasnya. Mungkin jugak sebab aku kurang bersenam. Mana-mana la.

Jadi sekarang, aku nak jalankan misi selama sebulan untuk naikkan berat badan. Kalau nak tau berat aku just 46 kg dengan ketinggian 159 cm. Jadi matlamat aku nak naikkan berat badan 4 kg dalam masa sebulan. Aku ada cari artikel tentang cara nak naikkan berat badan. Ada yang suruh minum susu, makan dengan lebih kerap dalam kuantiti yang sedikit, ada yang suruh bersenam.



Image source : sukakartun23.blogspot.com
Kita tengok aja la nanti apa keputusannya. Aku nak minum susu penuh krim banyak-banyak sampai putih mata. Makan lebih kerap dari selalu. Oleh kerana aku tahap kemalasan yang melampau nak jaga jadual makan, jadi aku akan tulis entry tentang misi aku ni setiap minggu. Baru lah nampak semangat sikit kan. Ok la penat dah.. :)

As Salam....

 
S Pink Premium Pointer