Lepaking @ IOI City Mall

11.3.15


Assalamualaikum.
Dengan Nama Allah yang Maha Pengasih Maha Penyayang.

Semalam dan juga kelmarin aku dengan Yana lepas balik kerja je terus singgah IOI, saje nak tengok mall ni best ke idak. Not bad. Sama je macam shopping mall yang lain. Selalunya kitorang akan pergi Alamanda, Mid Valley tak pun The Mines. Semalam kitorang banyak habiskan masa main bowling, makan-makan, yang bestnya dekat sana ada tempat orang main ice skating. Yana kata nak belanja tapi bila nak masuk je tempat bayar tiket dia takut pulak. Aku jangan cakap la, memang tak reti. Silap-silap tergelincir tersembam atas lantai ais tu. 

Aku ni satu je kalau pergi masuk kedai baju, pantang tengok cermin besar-besar. Rasa macam nak je bergaya ala-ala model. Sebab pagi semalam ada orang cakap aku ni comel. Ahh masa tu rasa bongkak je rasa. Tu yang sebok nak tengok kat cermin besar ni comel sangat ke aku. Belek-belek muka, comel entah celah mana pun aku tak tau. Nampak tak harga tu?? Tu baru baju baby uols. Mahal-mahal baju kat sini. Tak mampu den. Mampu tengok cermin je.


Aku tertarik dengan replika kat atas. Aku sebenarnya teringatkan something. Ada orang pernah cakap ayat ni kat aku.
"I sayang u sekuat godjilla...!!! Hohoho" 

Rare! Hehehe. Ok la nak sambung buat kerja. Dah pukul 9 lebih. Ok daa. As Salam.

 
S Pink Premium Pointer