♥Nilai ♥KL ♥Raniazahra Homestay

26.5.15


Assalamualaikum.
Dengan Nama Allah yang Maha Pengasih Maha Penyayang.

Dah lebih seminggu tak tulis entry baru. Tak ada apa yang aku nak membebel sebenarnya tapi aku cerita jugak la. Sebab aku tau ada orang yang akan baca.. Hee~ Sabtu lepas mak dan adik-adik mai kajang nak beli barang sikit katanya. Plan sebenar aku yang kena drive dari kampung. Disebabkan aku balik kampung lambat terpaksa la mak dan adik-adik naik KTM. Kesian mak. Dah la sakit kaki. Ingatkan abang yang ambik mak kat kl. Jadi aku pun memecut dengan laju ke KTM. Makan dan solat dulu kat rumah baru gerak pergi Nilai. Berhenti Tol Nilai sebab abang suruh gerak sama dari sana.


Aku tak ada dalam gambaq sebab aku kan malu nak bergambar. Muka tak secomel emma maembong. Jadi kena sedar diri sikit. Lama jugak cari barang. Ada la dalam 2 jam padahal belinya dalam 3 4 barang je. Rambang mata tengok barang-barang kat kedai ni. Cantik.Warna warni lagi uols. Aku ni dah la addict dengan warna. Pilih barang tak tengok harga hokey. Time nak bayar ambik kau. Beratus. Dah la malas aku nak ingat. Kedekut bebenor kau timah oii. Ok bila nak guna banyak duit haruslah kedekut ala-ala tengah korek taik hidung.

Aku ingatkan lepas pergi barang bolehlah balik kampung terus tapi lain pulak ceritanya. Bermalam dekat rumah baru abang. Dengan tak bawa pakaian. Nak solat pun tak ada telekung. First time solat free tak pakai telekung. Oh sangat ohsem. Kain pelikat abang aku jadikan kain. Tapi mak lagi advance. Dia ajar camne nak guna kain pelikat sebagai telekung ala ninja. Seperti blog disini : http://thesnowwybear.blogspot.com/2013/02/telekung-ala-ninja.html. Terbaik!! Malam nak tidur cilok baju abang buat baju tidur. Esoknya lepas mandi, terpaksa pakai baju yang sama. Tapi disebabkan aku bukan jenis banyak peluh takda la bau busuk macam belacan. Redha jelah apa yang tertulis. Itulah warna warni kehidupan. Cehh buat ayat drama pulak.

Ok tukar topik la. Ni nak promote sikit. Sesiapa yang ada kawan-kawan atau anda sendiri yang nak konvo dekat Politeknik Sultan Azlan Shah atau UPSI atau dimana-mana saja anda berada, yang nak cari homestay untuk family and friends boleh lah booking dekat satu tempat ni. Actually homestay ni dulu rumah abang lagi sorang. Aihh berapa banyak abang daa. Tapi disebabkan dia trauma sejak kejadian rompakan dekat restoran dia. Jadi dia malas nak duduk kawasan pekan. Duduk kampung sudah. Untuk tempahan sila search di laman facebook 'Raniazahra Homestay,Tmn.Wangsa Tg.Malim'. 


Aku tau mungkin ada yang tak dak facebook. Mai aku tolong. Cuma buat kopi dan pasta. 
♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥
"Selamat datang ke Raniazahra Homestay. Kami menawarkan penginapan rumah teres 2 tingkat yang selesa untuk yang berkeluarga dan kawan-kawan muslim sahaja yang ingin menginap di Raniazahra Homestay. Homestay kami terletak di kawasan Tg.Malim"

Kelengkapan Disediakan:
♥ 3 bilik 2 bilik air (tambahan toto, bantal,selimut)
♥ Setiap bilik mempunyai 1 katil queen
♥ Set sofa
♥ Set tv & astro
♥ Set meja makan
♥ Kelengkapan memasak
♥ Peti ais, microwave,kettle,pinggan mangkuk & gelas

Kawasan Berhampiran:
♥ Bersebelahan pusat servis Toyota
♥ 1km dari UPSI Jalil
♥ 3km dari UPSI Proton
♥ 1.5km dari pekan Tg.Malim
♥ 1.5km dari stesen bas
♥ 1km dari klinik kesihatan
♥ 1km dari KTM Tg.Malim
♥ 500m dari stesen minyak Petronas/BHP/Shell
♥ 500m dari KFC 24Jam & Restoran tomyam

Harga yang ditawarkan:
RM250/malam

Masuk: 2pm
Keluar:12pm

Sebarang pertanyaan dan tempahan sila hubungi:
0124460761 : Nana
0125320965 : En.Mat

Baik sampai disini saja sesi bersama kak timah. Daa. As salam.


Anak Buah

18.5.15


Assalamualaikum.
Dengan Nama Allah yang Maha Pengasih Maha Penyayang.

[ Alya, Nea, Dina ]
Beberapa minggu yang lepas, masa ada kat kampung kakak ceritakan kerisauan dia tentang anak sulungnya, Nor Dina Balqis. Nak tau apa yang dirisaukan sangat tu?? Dia risau sebab pemikiran anak dia tak macam budak sebaya. Dina baru umur 7 tahun. Dina lebih memahami kalau mama dia tak cukup duit. Kalau dia nak sesuatu dia akan tanya dulu samada mama dia ada duit ataupun tak. Ada satu hari, kakak aku kata dia tak banyak duit kalau nak beli barang mahal-mahal. 

"Tak apa mama. Mama boleh guna duit kakak.."

Dina dengan Alya ada simpan duit tabung untuk keperluan mereka berdua. Kakak risau sangat kalau Dina dah besar nanti dia tak rasa gembira dengan kehidupan dia sebab dia tak dapat apa yang dia nak sebab terlalu memikirkan tentang orang lain. Bagi aku eloklah kalau dia berfikiran macam tu. Sekurang-kurangnya bila dia dah besar dia pandai berdikari sendiri bukan hanya tahu meminta itu dan ini tanpa memikirkan samada ayah atau mama dia ada duit ataupun tak. 

Tapi ada juga sisi negatifnya. Aku risau dia akan rasa sedih kalau tengok kawan-kawan dia dapat apa saja yang mereka nak. Macam aku dulu la. Masa zaman sekolah aku sanggup pakai beg koyak dan kasut koyak sedangkan mak dan abah memang mampu nak beli untuk aku. Cuma aku tak nak menyusahkan mak abah untuk keluarkan duit beli beg dan kasut yang bagi aku agak mahal. Aku pendam apa yang aku nak.

Petang tu aku bawa anak-anak buah pergi keluar jalan-jalan dekat taman permainan dan beli peralatan sekolah. Dari riak muka mereka sangat seronok. Tiba-tiba aku terdengar Dina kata pada Alya dan Umai "Eh jangan la ambik mahal-mahal. Ambik yang murah je la. Kesian Mak Teh". Aku tersenyum. Dalam fikiran 'patutla mama dia risau sangat'.

"Tak apa, awak ambik je apa yang awak nak. Mak Teh belanja semua." - aku
"Tak apa ke Mak Teh??" - Dina
"Tak apa la..Ambik je jangan risau.." - aku
"Mak Teh dah dapat duit banyak ke??" - alya
"Haah la.. Mak Teh tengah banyak duit la ni.." - aku

Si umai dan alya terus ambil je apa yang diorang nak. Dina macam teragak-agak. "Mak Teh, kakak nak yang ni boleh tak??" sambil tunjuk pen warna warni glitter pada aku. "Boleh.." Masing-masing dapat sorang satu. Lengkap dengan pemadam, gam dan pensel mekanikal. Entah pandai ke tak pakai pensel tu. 

"Terima kasih Mak Teh.." - bila aku dengar ucapan terima kasih oleh Alya dan Dina, aku rasa terharu sangat. "Sama-sama" Aku tersengih tengok gelagat mereka. "Sayang Mak Teh tak??" "Mestilah sayang...." yang si kecik Nisa tu pulak sibuk nak beli jugak. Sebelum keluar, kalau nampak aku pakai tudung laju je berlari nak ikut sama dengan pelat baru nak belajar bercakap "Nak itot....."

Sebenarnya banyak pengalaman mencuit hati yang aku dah lalui dengan diorang semua. Pernah naik motor si nisa duduk paling depan tertidur. Tersengguk-sengguk dia nak tidur. Aku dah risau dah. Dah ler aku tengah bawa motor. Belakang anak-anak buah aku yang kecik je. Nak suruh sapa pegang?? Aku kejutkan nisa, dia buka mata kejap lepas tu tutup mata balik. Aku pun bawa la motor laju-laju sampai ke rumah. Haiyoo boleh tidur pulak atas motor. Bila aku nak angkat dia dukung bawa masuk rumah dia terbangun cepat-cepat dia pegang side mirror motor nak suruh bawa jalan-jalan lagi. 

"Nisa awak tu tidur kat rumah la. Mak Teh tak boleh nak bawa awak jalan.. Asyik tidur aje.." - Alya
"Mak Teh pergi bawa dia msuk rumah lepas tu kita jalan lagi.." - Alya

Alya memang macam tu, bila bercakap kalah orang besar. Masa kejadian berlaku dia baru umur 4 tahun. Pernah jugak aku bawa Alya dengan Dina naik motor ikut jalan kampung lain. Tiba-tiba motor berhenti betul-betul dekat depan rumah anjing. Anjing tu dah melalak nak kejar kitorang. Aku buat u-turn hampir nak terjatuh berat nak mampos anak-anak buah aku. Takut gila. "Mak teh cepat Mak Teh...!!!" "Cepat cepat cepat...!!!" Bila dah jauh. kami gelak sama-sama. 

Bila waktu solat Alya selalu nak solat sama-sama dengan aku. Bukan tak mau solat sama tapi aku tak tahan nak ketawa bila tengok cara dia solat. Pernah sekali tu tengah solat sama-sama, adik panggil si alya ajak makan. "Kejap..Alya tengah solat ni.." Nak pecah perut aku tahan gelak. Bersalah pulak sebab tak kusyuk solat. Allahuakbar.

Ada juga hari tu umai datang rumah. Dalam pukul 6.30 sikit lagi nak abis solat asar, dia cakap dengan aku. 

"Mak Teh Umai tak larat la nak solat. Pening kepala." - umai
"Awak kena solat juga kalau tak solat Allah marah nanti.." - aku
"Tapi umai macam nak pengsan dah ni..."- umai
"Awak sakit ke?? Ok kalau macam tu awak solat duduk je la.." - aku
"Boleh ke??"- umai
"Mestilah boleh. Tapi solat duduk hanya untuk orang yang sakit yang tak boleh solat berdiri je tau. Kalau tak sakit tak boleh solat duduk. Solat ni banyak cara. Ada solat duduk, solat berbaring." - aku
"Umai boleh solat duduk tak??"- umai
"Umai kalau larat berdiri solat macam biasa je la..." - aku
"Alaaa umai pening kepala..."- umai

Disebabkan dah tak ada cara untuk suruh dia solat berdiri, aku ajar cara-cara macam mana solat duduk. Dia suruh aku pergi jauh sikit malu aku tengok dia solat duduk. Mungkin dia kekok tak pernah lagi solat cara duduk. Aku risau jugak kalau dia buat solat duduk walaupun dia tak sakit. Tapi daripada dia tinggalkan solat aku terpaksa juga ajar dia solat cara duduk. Dalam masa umur 7 tahun banyak benda lagi dia tak faham. 

Inilah pengalaman dengan budak-budak banyak kerenah dan banyak perangai. Sebelum menjadi bakal ibu yang akan menimang cahaya mata suatu hari nanti dengan izin-Nya, aku kena belajar macam mana nak tangani sikap anak-anak buah terlebih dahulu. Memang kalau diikutkan lagi mencabar rasanya. Tapi disebabkan aku bukanlah setiap hari bersama mereka aku belum tahu lagi cabaran sebenar menjaga anak-anak dan melayan segala kerenah mereka yang bermacam-macam perangai. Kena banyak sabar dan berlembut. Aku juga kena belajar cara berkomunikasi dengan anak-anak supaya mereka dapat dididik dengan pendidikan yang betul.

Cukup cukup sudah. Cukup sampai disini saja. 
Baiklah. Nak tidoq dah. As salam.


Sayang Abah. Sayangi Suami.

16.5.15


Assalamualaikum.
Dengan Nama Allah yang Maha Pengasih Maha Penyayang.


Tiba-tiba dalam dua tiga hari ni teringat kat abah. Dah lama tak balik kampung ada la dekat tiga minggu. Rindu kat semua yang ada kat kampung. Bila teringat abah, teringat balik zaman kecik-kecik. Abah nak kata loving memang tak pernah nampak kasih sayang yang terpancar dalam hati dia. Ceh!! Mana-mana perempuan yang dapat suami macam abah aku confirm cakap suami dia tak romantik, tak memahami, bukan pendengar yang baik, pendiam, etc. Serius. Sebenaqnya ni nak habaq mai. Lelaki macam tu susah sangat nak cakap 'I love you' 'I sayang u' tapi dia tunjukkan dari perbuatan yang kadang-kadang kita tak sedar sebenarnya itulah cara dia menunjukkan kasih sayang. 

Masa aku kecik, aku selalu tertidur depan tv. Aku tengok tv, sampai tv pulak yang tengok aku. Selalunya abah akan angkat dan dukung aku letak dalam bilik. Sebelum tu abah akan kemaskan tilam dan bantal sebelum letak aku dalam bilik tidur. Bila aku terbangun aku dah pelik tiba-tiba dah ada dalam bilik sendiri. Ada masa, aku perasan abah akan selimutkan aku masa aku tidur. Mungkin abah fikir aku dah tidur. Sayang betul abah pada anak-anak.

Tapi bila dah besar berat pun dah bertambah. Abah selalu cakap aku dah berat abah tak larat lagi nak angkat. Aku buat jugak perangai lama, sampai satu masa abah dah tak mau angkat dibiarkan aku tidur sorang-sorang dekat depan, memang haru kau. Buka-buka mata dah gelap gelita. Menangis terus sebab masa aku bangun nak ke bilik, kaki aku kebas sampai tak boleh nak berjalan macam orang normal. Bayangkan orang yang fobia gelap berlari ke bilik terhuyung hayang. Masuk je bilik. Debushhh!! terus tidur le. Menangis kejap lepas tu sambung tidur balik. Sejak hari tu kalau aku mengantuk je aku cepat-cepat masuk bilik.

Abah tak pandai masak. Abah tau masak maggi, masak telur goreng dan masak air je. Tapi yang istimewanya abah, abah tak akan makan lauk yang beli kat luar. Abah sanggup suruh masakkan telur goreng, biar dia makan telur goreng je walaupun dalam tudung saji tu dah penuh lauk pauk beli kat luar. Satu hari, abah tanya samada aku nak makan maggi tak. Mestilah nak kan. Orang dah offer katakan. Abah masak maggi kari siap masukkan dalam mangkuk, sudu dan garfu serve untuk aku. Aku baru terfikir nak makan lambat sikit, tiba-tiba abah dah bagi hantar dulu. Aihh rasa bersalah pulak..

"Abah...kenapa abah ambilkan. Siti boleh ambil sendiri.."- aku
"Tak apalah.." - abah

Walaupun abah masakkan maggi kari je tapi aku boleh rasa kasih sayang disitu. Aku makan sampai habis walaupun abah bagi maggi penuh satu mangkuk macam nak bagi dua orang makan. Lagi, abah suka ceritakan cerita dongeng kanak-kanak. Sang kancil dan sang buaya. Setiap malam, setiap kali abah suruh aku dan abang urutkan dia, abah akan ceritakan cerita dongeng yang kadang-kadang tak masuk dek akal. Aku terhibur dengan cerita abah, sama-sama gelak ketawa. Rindu.

Abah aku memang tak banyak cakap. Kalau orang sibuk cerita hal orang lain, dia akan diam je. Dia juga pernah tegur " Buat apa nak sibuk cerita hal buruk pada orang lain?? Nanti kalau kita dah ada anak sendiri apa rasanya kalau anak kita buat jahat dan orang lain pulak mengata kita?? Mesti tak suka kan??"


Kalau mak marah aku, abah akan diam. Kalau abah tau aku menangis. Lepas marah mak reda, abah akan masuk bilik redakan hati aku yang tengah bersedih. "Mak kau letih tu.. jangan buat mak marah." Ada juga abah sengaja nak ambil hati aku. Esok tu abah akan bawa aku ikut dia pergi beli barang. Dia belikan air untuk aku. "Patimah nak minum air apa?? Abah belikan.." Oh ya abah aku tak selalu panggil aku siti, dia suka panggil aku fatimah. Abah jarang marah, kalau dia marah dia akan pujuk balik.

Itulah cara abah menzahirkan kasih sayang walaupun lisan tidak berkata tapi perbuatan telah membuktikan segala. Bila kita ada ayah, hargailah dia. Kadang-kadang aku tak faham kenapa ada anak yang sanggup buang ayah sendiri sedangkan dia dah banyak berkorban tenaga, wang ringgit nak cari nafkah bagi makan, pakai untuk isteri dan anak-anak. Pening mereka nak fikirkan mana nak dapat duit untuk sara keluarga. Bukan ibu je yang kita kena hargai, ayah pun sama jugak.  

Bila kita ada suami apa pun kelemahan dia selagi mana dia tak suruh kita buat sesuatu yang melanggar perintah Allah, kita terimalah suami seadanya. Kadang-kadang jugak aku tak faham kenapa ada isteri yang tak tahan hidup dengan suami hanya disebabkan suami tak romantik atau pendiam?? Nobody perfect right?? Kita hidup bukan semata-mata untuk dunia je. Tapi syurga yang kekal abadi. Kalau kita mampu tahan sikap suami, tetap taat setia walaupun kena herdik sekalipun, InsyaAllah Allah akan balas dekat akhirat nanti. Ada jugak suami yang malu nak sebut perkataan "I Lap U" tapi tau tak jauh disudut hati ada sayang. Betul tak?? Cehh macam tau-tau je hati lelaki.. Hee~

Buat lelaki, jadilah suami yang baik, penyayang dan pemimpin yang bijak. Wanita sukakan perhatian. Dahagakan kasih sayang. Apa jua kelemahan yang ada cuba perbaiki untuk keharmonian rumah tangga. Tapi kalau tetap tak boleh ubah contoh sikap pendiam tak boleh nak berubah jadi ramah tamah sekelip mata, berbincanglah dengan isteri. Cuba sedaya upaya untuk fahami hati wanita. Sentiasalah berfikiran positif. InshaAllah kebahagian akan datang dengan adanya sikap saling bertoleransi, bertolak ansur, memahami dan sentiasa terbuka apabila pasangan menegur sikap kita.

Ok sampai disini saja. As Salam.


Belajar Tulisan Jawi

11.5.15

Assalamualaikum.
Dengan Nama Allah yang Maha Pengasih Maha Penyayang.


Anda kuat?? Minumlah air cap ibu dan anak. Aku malas nak taip sebenarnya. Saja nak testing ayat mencocok jiwa guna tulisan jawi. Dah lama dah tinggal sejak dari sekolah rendah. Aku ni bukan pandai sangat tulisan jawi tapi kalau baca aku terror la, kalau nak tulis boleh lah. ahaks~

Sebagai contoh aku bagi ayat yang boleh mengelirukan :

-----------------------------------------------------------------------
Ce tengok sikit. Keliru tak??Kalau tengok tulisan jawi untuk "pereng" kenapa tak ada huruf alif tapi sebutan adalah pereng??Dan tulisan jawi untuk "katak" tiada huruf alif tapi sebutan adalah "katak"??Ajaib ni. hee~Cuba anda tulis perkataan "katek" dalam tulisan jawi bagaimana??

Taraa...Berbeza tak?? Aku pun kadang-kadang keliru sangat. Baca aku pandai la nak tulis tu perlukan masa sikit nak belajar sambung-sambung huruf jawi ni. Jom mai belajaq tulisan jawi tak kan nak belajaq Bahasa Inggeris ja kan. Ok la rasa mengantuk pulak. Aku tak tau nak taip apa lagi dah.

Selamat malam. As Salam.



Rahsia Bulan Kelahiran - Oktober


Assalamualaikum.
Dengan nama Allah yang Maha Pengasih Maha Penyayang.


Sebenarnya nak kata aku percaya dengan kajian ni tak jugak. Hanya sebagai perkongsian yang mana secara kebetulan ada ciri-ciri tersebut pada diri aku. Aku nak kongsikan beberapa personaliti aku yang kebetulan sama dengan kajian Dato Fadhilah Kamsah.

 Suka sembang
Aku suka sembang dengan orang yang suka bertanya dan berkongsi cerita, sambil bercerita sambil ketawa, aku suka buat lawak bodoh juga dengan sesetengah orang yang mudah ketawa. Ada beberapa sahabat yang sentiasa membuatkan aku sering ketawa dan tersenyum gembira.

 Suka orang yang sayang padanya
Siapa sayang aku, tentulah aku sangat sayang padanya.

 Suka ambil jalan tengah
Ini aku tak berapa faham jalan tengah macam mana tu??

 Sangat menawan dan sopan santun
Menawan celah manakah?? Lawak disitu. Mungkin itu boleh dinilai oleh orang lain yang mengenali aku dan hanya mereka yang dapat menentukan samada aku seorang yang menawan ataupun tidak. Sopan santun?? Ehemmm... mungkin. Hee~

♥ Kecantikan luar dan dalam
Harus bertanya kepada orang yang sangat rapat denganku kerana hanya mereka yang mengetahui adakah aku cantik luar dan dalam??

 Tidak pandai berbohong dan berpura-pura
Ya aku memang tidak pandai menipu dan berbohong. Aku sanggup dimarahi daripada menipu. Jika orang lain sanggup menyalahkan orang lain untuk menyelamatkan diri, aku memilih untuk mengaku kesalahan aku biarpun akan dimarahi teruk kerana hanya itu yang dapat menenangkan hati aku dari rasa bersalah kerana menipu.

 Mudah rasa simpati, baik pentingkan kawan
Mudah rasa simpati. Mungkin ianya adalah satu kelemahan atau kelebihan. Jika mudah rasa simpati sehingga orang lain mudah mengambil kesempatan itulah kelemahan. Jika mudah rasa simpati dan sanggup membantu ketika sahabat memerlukan bantuan itulah kelebihan. Ikut keadaan dan situasi. Tetapi aku boleh mengenali samada seseorang itu sahabat yang baik ataupun tidak.

 Sentiasa berkawan
Hidup ini sentiasa memerlukan kawan. Jika tiada kawan, akan menyusahkan diri sendiri sekiranya memerlukan bantuan orang lain. Aku suka berkawan tetapi aku tidak mempunyai kawan yang sangat-sangat rapat yang mampu susah senang menangis ketawa bersama.

 Hatinya mudah terusik tetapi merajuknya tak lama
Disebabkan aku tidak suka pada masalah yang berlarutan, aku lebih suka memilih untuk melupakan dan buat tidak tahu saja. Sekiranya seseorang itu telah melukakan hati dan membuatkan aku terasa hati aku lebih suka memilih untuk melupakan perkara tersebut atau cuba berlagak seperti tiada apa-apa yang telah berlaku walaupun sebelumnya berlaku sedikit salah faham dan pertengkaran kecil.

 Cepat marah
Inilah salah satu kelemahan aku. Kadang-kadang cepat marah dengan seseorang yang perlakuannya agak menjengkelkan, orang yang terlalu biadap dan mengeluarkan kata-kata dengan nada yang keras atau kasar sehinggakan aku mampu untuk mengeluarkan kata-kata yang mungkin akan menyakitkan hati seseorang.

 Tidak terima pandangan orang lain

Ini juga salah satu kelemahan aku. Sukar menerima pandangan orang lain walaupun pada hakikatnya pandangan orang itu lebih baik dari pandangan aku sendiri. Mungkin ego aku terlalu tinggi untuk menerima kelemahan diri.

 Macam pentingkan diri sendiri dan tidak menolong orang lain kecuali diminta

Macam?Aku tidaklah mementingkan diri sendiri. mungkin orang yang tidak mengenali aku akan melihat aku seperti mementingkan diri sendiri mungkin kerana aku bukanlah seseorang yang akan bertanya :"Kau ada masalah?? Kalau ada aku boleh tolong apa yang termampu.." Tetapi sekiranya orang itu bertanya kepada aku : "Aku ada masalah, aku tak cukup duit. Boleh aku pinjam duit kau??" InshaAllah aku akan tolong orang yang memerlukan pertolongan aku.

 Suka berangan dan pandai bercakap

Kadang-kadang kalau berseorangan aku suka membayangkan apa yang akan berlaku pada diri aku pada masa hadapan, aku tidak pandai bercakap sebenarnya. Kalau bercakap pun agak kelam kabut. 

 Suka melihat dari perspektifnya sendiri

Lebih mudah, kalau wanita melihat seorang lelaki akan nampak macho dengan gaya maskulin, nampak romantik dengan kata-kata manis bak gula-gula, nampak sangat bijak dengan pendidikan yang tinggi tetapi bagi aku, lelaki akan nampak macho sekiranya dia pandai menguruskan diri sendiri, nampak romantik dengan kesungguhan dan usaha untuk menjaga hati pasangan, nampak bijak apabila dia mampu berfikiran matang dan berani memberi pendapat yang bernas.

 Emosi yang kelam kabut

Aku cepat terasa walaupun niat seseorang itu hanya untuk bergurau. Ya emosi aku kadang-kadang ok kadang-kadang tak ok. Susah orang nak faham sikap aku kalau dia bukan orang yang betul-betul sabar dan memahami diri aku. Mungkin adakalanya sekiranya aku marah aku tidak mampu berfikir secara rasional sehingga tanpa sedar telah menyakiti hati orang lain dan adakalanya juga jika aku marah aku mampu bertenang dan sabar dengan apa yang berlaku. 

 Daya firasat yang sangat kuat (terutamanya perempuan)

Dulu daya firasat aku sangat kuat. Ada beberapa situasi dan aku hanya ceritakan dua situasi yang pernah berlaku: 

Situasi pertama:
Aku dan kawan menaiki motor untuk balik kerumah dan melalui jalan kampung yang tepinya penuh dengan pokok-pokok, hutan di tepi kiri dan kanan dan secara automatik aku berfikir " Kalaulah motor ni habis minyak kat tengah-tengah hutan ni macam mana la ye." Lebih kurang 15 minit kemudian motor berhenti secara tiba-tiba kerana kehabisan minyak. Nasib baik kakak dan abang lalu jalan tersebut dan membeli minyak di kedai berhampiran.

Situasi kedua:
Masa zaman belajar di politeknik, aku dan kawan-kawan risau kerana kelas seterusnya kami perlu menjalani ujian bertulis sedangkan ketika itu kami tidak bersedia kerana hanya diberitahu oleh pensayarah sehari sebelum ujian tersebut. Aku katakan kepada sahabat baikku.

"Aku rasa hari ni kelas batal." - aku
"Mana ko tau??"- Aini
"Yeke?? pandai-pandai je kamu" -  kak ina
"Entah aku rasa macam kelas batal..Heee" - aku

Dalam beberapa minit kemudian pensayarah call salah seorang dari kami mengatakan kelas batal kerana dia ada hal yang perlu diuruskan. Aku hanya tersenyum melihat sahabat-sahabat aku. Mereka seperti terkejut.

 Suka melancong, bidang sastera dan seni

Aku suka melancong di tempat yang unik. Kalau boleh nak melancong di luar negara melihat budaya orang lain tetapi masih tiada kesempatan dan rezeki. Masa zaman sekolah aku suka menulis cerpen. Aku pernah meminta rakan sekelas membaca cerpen yang ditulis olehku untuk melihat komen mereka terhadap penulisan aku. Mereka memberi komen positif. Tetapi minat aku hanya terkubur disitu saja kerana kekangan masa.

 Romantik dalam percintaan

Akan bersikap romantik bersama suami yang sah.

 Pengasih, penyayang dan lemah lembut

 Mudah terusik hati dan cemburu

 Suka kegiatan luar

Aku bukanlah perempuan yang suka shopping ataupun window shopping. Aku suka sesuatu yang mencabar. Kalau diberi kesempatan aku suka melibatkan diri dengan sukan-sukan yang lasak seperti jungle tracking, rock climbing, flyingfox, snorkling, berkayak, bungee jumping tetapi disebabkan kekangan masa aku tidak dapat melakukan aktiviti-aktiviti tersebut.

 Boros dan mudah dipengaruhi persekitaran

Betul sangat. Aku sangat boros. 

 Ambil berat terhadap orang lain

 Orang yang adil

 Mudah patah semangat

--------------------
Oklah itulah sedikit sebanyak personaliti yang aku dapat kongsikan. Kenapa ye hari ni ayat aku sangat skema lagi innocent??Adakah kerana aku sedih hari ni?? Ok lah nak paksa tidur sebab petang tadi tidur lama sangat. Selamat tengah pagi. As Salam~


Review : Produk kecantikan dan K-Colly

9.5.15


Assalamualaikum
Dengan nama Allah yang Maha Pengasih Maha Penyayang.

Hai. Rindu pulak nak menaip. Perempuan sinonim dengan kecantikan. Betul tak? Begitu jugak dengan aku. Aku bukanlah seorang wanita yang suka calit sana sini dengan blusher merah jambu menyala, eyeliner dua tiga lapis, bulu mata palsu empat lima tingkat, bibir mungil dengan lipstik shining blink-blink.  Oh no no no... Memang aku cukup suka tengok orang makeup tapi nak buat eksperimen dekat muka sendiri memang tak la. Kalau aku diberi pilihan orang yang cantik dengan makeup dengan orang yang kurang cantik tapi muka flawless tanpa makeup, tentu sajalah aku pilih yang tidak ber'makeup'. Sebab nampak semulajadi cantik.

Dulu aku suka jugak produk kosmetik, jangan propa la siti oii... Ayat nak suci je. Hee~ Tapi tu dulu la. Dari muda sampai la ke tua ni, dah macam-macam keadaan dah jadi kat muka aku, dari yang kering mengelupas, berparut hitam, jerawat penuh kat pipi, tempek la foundation banyak mana pun tak boleh nak tutup segala jerawat dan parut. Dari produk yang murah sampai yang mahal dan berjenama, semua aku dah pernah pakai. Mak aku kalau bab muka anak-anak memang dia tegur.

"Kenapo muko kau tu. Tu la pakai macam-macam. Tengok jerawat dah banyak." - Mak
"Jangan la picit jerawat tu berparut nanti lepas tu berlubang dah tak cantik." - Mak
"Pakai la produk bla bla bla cantik nanti muka tu." - Mak
"Jaga muka jangan jadi macam ada budak pompuan ni muka dah bersopak." - Mak

Sejak dari tu, aku malas nak pakai produk yang banyak bahan kimia. Kalau ada produk pemutihan berkesan selepas 7 hari memang aku tak beli. Kau offer la harga murah macam mana pun aku tak akan beli. Fobia aku dengan keadaan muka aku yang penuh jerawat dan parut sejak pakai produk xxx. Nama produk haruslah dirahsiakan.

Aku mula cari produk yang berasaskan tumbuh-tumbuhan, yang organik dan tak terlalu banyak bahan kimia. Tak berkesan selama 7 hari pun tak apa asalkan muka sihat tanpa jerawat yang mencanak-canak. First produk yang aku jumpa bila aku tengok produk yang kawan aku pakai. Green Tea Waterfull Serum. Aku beli produk ni dekat thefaceshop, The Mines. Harga serum ni dah tak ingat mungkin dalam RM45++ something.

Green Tea Waterfull Serum
Aku beli serum ni sekali dengan bedak Angel Skin Loose Powder, Lovely ME:EX. Tapi bedak ni tak habis guna pun, Anak buah jatuhkan sampai hancur bedak tu. Harga bedak ni pun aku tak ingat jugak mungkin dalam RM30++. Sekarang ni aku hanya guna bedak pixy. Bedak pixy pun ok jugak cuma bila guna rasa macam putih melepak pulak. So aku apply nipis-nipis je.


Dulu aku tak suka guna foundation. Sejak zaman study dekat politeknik, aku suka guna krim kecantikan safi tutup warna hijau. Ok la jugak, cuma krim safi tu membuatkan muka aku berminyak sikit dan tumbuh bintik-bintik kecik dan akhirnya membuatkan muka aku berjerawat. Jadi aku stop guna dan aku try guna krim pelembap garnier. Sepanjang guna pelembap garnier muka memang jarang sangat naik jerawat tapi sekitar bibir aku mengelupas teruk sampaikan kalau aku bercakap pun rasa pelik je rasanya kat sekitar bibir aku. Aku berhenti apply krim pelembap garnier. Dari situ bermula lah aku belajar-belajar guna foundation.

Foundation pertama yang aku guna adalah molly's beauty bbdoll cream. Perghh!! dia punya penutupan jerawat dan parut memang terbaik gila. Rasanya kalau ambik gambar tanpa menggunakan kamera 360 pun muka nampak flawless je. Bila berpeluh pun tak cair dan muka rasa lembap. Tapi kekurangan foundation ni dia tak ada agen pencerahan. Kalau lama-lama guna muka nampak macam sunburn. Adik, mak dan kakak pernah jugak tegur bila balik kampung.

"Muka siti kenapa nampak gelap dari dulu? lain la. Dulu cerah je. Warna kulit muka dengan badan memang nampak beza la" - Kakak
"Kenapa muka ko nampak kusam je?" - Adik
"Siti guna la produk yyy. Nanti cerahlah sikit muka tu." - Mak

Badan aku agak cerah sikit berbanding muka aku. Muka aku nampak sunburn. Gelap sangat. Jadi bila habis je aku dah tak continue beli. Aku bukanlah nak muka aku nampak putih cuma kalau boleh tak mau nampak kusam. Packaging baru untuk foundation ni dah upgrade rasanya.

"MOLLY BB DOLL Kini formulasi diperbaharui dengan pertambahan kolagen dan minyak badam, ia bukan sahaja menutup cela dan parut, tapi membantu menghalus, menyemaratakan tona malah mampu meremajakan semula kulit si pemakai!"

Image : www.cantikbelaka.com
Image : http://www.anzbeautyshoppe.com
Aku survey foundation lain. Aku pernah bermalam beberapa hari dekat rumah kawan aku. Aku saja mengintai apa benda yang dia pakai muka dia cantik sangat. Mungkin dia memang semulajadi putih. Aku tanya dia pakai produk apa. Dia tunjuk produk Mary Kay. Haruslah cantik produk mahal ghupenyer. Dia tunjukkan foundation Mary Kay yang dia guna. Aku pun dah terpedaya beli foundation Mary Kay Timewise kod ivory 5. Harga memang nak terbatuk sikit mahal oii. Aku beli RM70. Tapi boleh tahan lama dalam beberapa bulan. Nak masuk bulan ketiga pun tak habis-habis lagi.

Foundation ni agak pekat sebab jenis cecair kan. Bila apply tak rasa berminyak, makin lama guna makin lembut bila sentuh kulit muka. Cuma, aku tak tau la aku pakai foundation ni ke yang membuatkan bahagian dahi aku tumbuh bintik-bintik kecik. Redha je la. Dah beli tak kan nak berhenti, mahal tau. Sampai sekarang aku guna foundation ni.

Kalau cantik luar mestilah nak cantik dalam kan?? Aku pernah minum  ESP produk keluaran Shaklee. Not bad. Kulit muka makin lama makin ok. Jerawat makin kecut dan parut makin hilang. Aku tak minum habis sebab rasa ESP membuatkan aku rasa nak muntah. Mungkin orang lain rasa sedap tapi tekak aku tak boleh nak terima. Tapi jujur la ESP ni bagus sangat. Dari pembacaan aku ESP ni untuk menguruskan badan. Disebabkan badan aku memang dah kurus aku berhenti minum ESP. Aku rasa badan aku makin lama makin kurus pulak. Mungkin cara aku minum tak betul.

Then aku berjinak-jinak dengan K Colly sweet 17. K Colly ni bukan macam ESP, kita kena bancuh dulu baru minum. Produk ni boleh terus masuk dalam mulut kemam dan telan. Aku beli produk ni pun hasil daripada pujuk rayu kawan aku yang comel lagi cantik. Botol pertama aku tak makan habis pun sebab tak nampak kesan langsung. Macam mana nak nampak kesan kalau aku asyik skip je. Aku stop beberapa bulan jugak. Akhirnya aku buang dalam tong sampah sebab warna dia pun dah bertukar gelap dari warna asal.

Kulit aku jenis kering. Aku jenis suka belek-belek kulit aku. Kaki, tangan. muka, badan. Bahagian jari kaki cepat mengelupas memang buruk gila nampak kaki ni. Tangan pun dah makin kasar. Muka jangan cakap la kusam sangat. Proses penuaan dah bermula. Aku pun beli K Colly balik. Aku tak expect pun nak jadi putih cuma nak jaga kulit dari proses penuaan. Aku makan setiap hari tanpa skip. Perubahan besar yang aku boleh nampak dekat seluruh badan aku. Tangan aku lebih lembut, jari kaki dah cerah dan tak mengelupas lagi. Bahagian tapak kaki dah tak kasar macam dulu. Muka dan badan makin cerah. Bahagian siku yang gelap dah makin cerah.

Sampaikan beberapa hari yang lepas office mate aku tegur secara tiba-tiba.

"Siti, muka siti makin putih la. Cantik je. Dah tak macam dulu. Dulu akak tengok kusam je."
"Yeke?? Siti makan K Colly.."
"Apa tu? Akak saja je nak tau. Ada jugak survey produk xxx tapi mahal sangat."
"Produk untuk kulit. Dah sebulan saya guna."

Terkejut jugak aku dia tanya macam tu. Aku tengok muka aku biasa je. Nak kata flawless tak jugak sebab ada je lagi bintik-bintik kecik kat dahi aku ni. Tapi aku boleh nampak perbezaan kat seluruh badan aku. Lebih lembut dan cerah. Maaf la tak boleh nak tempek gambar testimoni sendiri sebab aku malu. Hehee~ tak suka letak gambar sendiri.

Image : http://www.aurawhite2u.com.my/
Jadi kesimpulannya, aku ni tak berapa gemar makeup tebal ya amat. Tak reti dan tak suka. Contohnya la dah makeup kalau pergi shopping mall lepas solat terpaksa apply makeup balik. Renyah sangat. Aku ni kalau lepas solat memang tak reti nak pakai apa-apa dah kat muka. Itu sebab aku prefer jaga kulit secara dalaman terserlah lah sikit kecantikan semulajadi. Dan aku pun tak sure nak stick dengan K Colly ni sampai bila sebab aku takut jugak ada effect untuk jangka masa panjang ke kan. Jadi siapa-siapa yang rasa nak try tu boleh la beli.

Ok la sampai disini saja. As salam.


Thank you Abang !!

5.5.15


Assalamualaikum.
Dengan Nama Allah yang Maha Pengasih Maha Penyayang.

Tiba masanya menge'post' entry baru setelah lama bermaharajalela dengan kerja- kerja segala bagai. Sabtu lepas tengah bersembang-sembang dengan hati riang bersama keluarga tercinta, abang datang kat ruang tamu dengan tiga kotak yang comel. Hadiah untuk adik-adik tersayang. Abang aku yang sorang ni memang cukup suka bagi hadiah untuk adik-adiknya yang perempuan. Yela perempuan je yang ada, adik lelaki tak ada. Kesian kan.

Taraa.. Dia tunjuk kotak-kotak dia kata sapa nak kena puji dia hensem dulu. 

"Haa sapa nak, puji abang hensem dulu. Doakan panjang umur, murah rezeki, dapat jodoh cepat-cepat ke." Abah, mak dan adik-adik bantai gelak. Geli pulak aku sesi puji memuji ni. Geli-geli pun suka (jangan pikiaq lain na) Heheh~  Aku orang first yang disuruh ambil hadiah. Aku sebenarnya malu nak puji orang. Dengan muka innocent aku cakap " Terima kasih." tapi kena di'ketawakan' bersama pulak. Tak menepati piawaian rupanya ucapan ikhlas aku tu. 

"Abang ijan sangat hensem. Semoga murah rezeki...." Fuyoo pestime ni puji orang macam tu. Rasa macam kurang dipercayai pulak. Amboi-amboi engko orang. Part adik-adik, aku tolong apa yang patut, tolong gelak. Kitorang ni nak kata suka puji-pujian dalam ahli keluarga memang nak dengar, payah sangat la. Itu yang bila kena puji tak tertahan nak gelak. Tak sabar nak tengok hadiah apa yang istimewa sangat dalam kotak yang abang bagi.

Buka-buka je ahaaa!!!




Terharu beb. Pergh terharu gua. Tak sangka betapa sayangnya seorang abang pada adik-adiknya. Sob sob sob. Dalam kotak tu ada dua helai tudung warna pink dan biru gelap, stokin dengan stongan. Beberapa minggu yang lepas dia ada tegur adik-adik pakai stokin, pakai stongan siap belikan stokin dan stongan (stokin tangan) untuk cover lengan sebab kadang-kadang kalau nak makan mesti terselak nampak lengan. Dah lama dah dia tegur sejak tahun lepas lagi. Aku faham kenapa dia buat macam tu. Bila aku balik kampung aku selalu perhati samada adik aku pakai stokin kalau keluar rumah. Alhamdulillah ada perubahan. Tak ape perlahan-lahan. Nak berubah perlukan masa. Biar sikit-sikit perlahan-lahan tapi sentiasa istiqamah.

Image : http://shahera-zahari.blogspot.com/2012/02/fashion-islam.html


Thank you abang. Semoga abang dimurahkan rezeki, berjaya dalam hidup, sentiasa tenang dan optimis dan dijodohkan dengan wanita yang solehah, penyejuk mata, penenang hati yang dapat melahirkan zuriat-zuriat yang soleh dan solehah juga. Doaku sentiasa mengiringimu. Ameen. InshaAllah. 
 
Ok la nak balik dah. As Salam.



 
S Pink Premium Pointer