Macam-Macam Sakit Ada

18.6.15

Assalamualaikum.
Dengan Nama Allah yang Maha Pengasih Maha Penyayang.
Hai. Ermm.. Beberapa hari sakit gigi sampai bengkak gusi. Nak keluar pun malu muka besar sebelah. Hahaha. Tak suka sakit gigi, nak tidur pun susah. Terpaksa telan ubat walaupun aku jenis tak suka makan ubat. Kalau tak makan, esok mesti mata jadi macam panda berjaga sampai pagi menahan sakit. Aku kalau sakit lain tak apa lagi tapi jangan sakit gigi atau sakit perut. Memang tak akan lena walaupun paksa mata bagi tidur. 


Lebih-lebih lagi sakit orang perempuan. Perghh.. dasyat sangat rasanya. Bila rasa macam tarikh nak sampai memang aku risau sangat. Aku memang benci sakit perut. Pernah sakit sampai berguling-guling atas tilam sambil menangis tahan sakit. Masa tu baru la tau macam mana nikmatnya sihat. Dulu memang teruk gila setiap kali hari pertama datang bulan aku rasa loya semacam. Tengok da**h pun rasa ewww... Kembang tekak aku. Rasa pening dan lenguh-lenguh badan. Kakak aku cakap masa melahirkan anak nanti sakit dia berganda-ganda dari senggugut. Woww...Seram aku dengar sakitnya tu. Tapi sekarang dah kurang sikit mungkin sebab aku dah lali dah rasa sakit senggugut. 

Sakit gigi satu hal lagi. Sekali kena memang rasa macam nak demam. Tidur memang tak akan pernah lena. Kalau tertidur pun ada la dalam beberapa minit. Nak makan pun susah. Tak boleh nak melahap sangat sebab kalau terkena kat tempat yang sakit tu, sakitnya... Ya Allah.. memang ngeri. Rasa macam dicucuk-cucuk dengan jarum je. Sekarang ni pun dah ok sikit lepas makan ubat beli dari farmasi. 

Cerita pasal sakit, aku teringat masa sekolah menengah. Aku pergi tengok abang tengah pecahkan marmar sambil pakai slipper je. Tiba-tiba terasa macam ada benda terjatuh dekat atas kaki aku. Mula-mula aku tak perasan sebab tak ada rasa sakit langsung. Abang aku terkejut bila tengok kaki aku penuh dengan darah merah yang segar. Kalau ada vampire confirm mati kena hisap darah. Mencurah-curah darah yang keluar. Aku ingatkan tak ada la luka mana pun sekali basuh dengan air, landing cantik punya serpian batu marmar tu. Dah macam kena tetak dengan pisau. Abang aku cepat-cepat ambilkan kapas banyak-banyak dengan kain. Balut kaki aku takut banyak lagi darah yang keluar. Sakit yang ni aku tak kisah sangat. Sebab sakit dia pun dekat part kaki je.

Sakit beguk pun pernah kena. Dah tak ingat dah sakit ke tak. Mak aku rawat penyakit beguk aku dengan lumurkan nila dicampur dengan kapur sirih. Sehari lepas tu dah elok macam biasa. Demam campak pulak aku kena masa kecik, aku pun tak berapa ingat sangat. Aku just ingat yang aku tak mandi beberapa hari sebab mak kata kalau mandi nanti tinggal parut. Terpaksa lap badan je, nak mandi tak boleh. For sure la kita pernah kena demam panas kan?? Aku jarang demam. Sekali demam memang demam panas level tinggi. Tapi yang best boleh tidur lama-lama. Makan ubat je lena terus,

Aku jugak ada pengalaman kena langgar dengan motor. Seingat aku masa umur 10 tahun. Bukan langgar sipi-sipi, dilanggarnya aku sampai terseret untuk jarak yang agak jauh. Sebelum kejadian tu, aku dan kawan tengah jalan-jalan dekat kawasan jalan sebelah rumah aku. Sebelah rumah ada rumah buruk yang dah lama orang tinggalkan. Tiba-tiba ada motor nak lalu siap menjerit-jerit suruh aku ke tepi. Bunyi motor macam dah nak dekat dah dengan aku. Aku tak sempat pandang belakang terus tukar arah kiri dan dalam masa yang sama abang motor tu pun lalu arah yang sama. 

Deboommm.. Sreettt...!! Boleh bayang tak macam mana dia langgar aku?? Abang motor tu bukan nak sejukkan hati atau nak tolong aku ke apa di marahnya pulak aku. 


"Woii ko tak nampak ke ada motor nak lalu haaa???!!" 


Aku diam malas nak layan. 'Kau dah langgar aku, nak marah aku pulak'. Aku cepat-cepat masuk dalam rumah buruk sebelah rumah. Kawan aku dah panik. Aku check mana-mana yang tempat yang lebam atau berdarah. Nasib baik bahagian siku je luka sikit. Seperti yang dijangka, mak panggil aku dari dalam rumah. "Siti....bunyi apa tadi tu....??? Aku dah agak mesti dia dengar bunyi tadi. Aku takut kalau mak tau aku kena langgar. Lambat-lambat aku menyahut. "Entah.. tak tau la mak.." Aku tak berani nak keluar dari rumah buruk. Bukan tak mau bagitau, aku takut mak aku risau. Aku warning kat kawan aku jangan sesekali bagitau mak aku tentang kejadian tu. Lagipun tak ada luka yang serius sangat pun.

Dulu pernah langgar pokok kelapa masa belajar bawa motor. Aku ingat lagi hari tu Raya Haji. Kakak excited nak ajar aku naik motor. Tak sabar rasanya aku nak bawa motor jalan keliling kampung. Aku memang tak tau satu apa pun pasal motor. Bayangkan, aku pulas minyak kuat-kuat tapi aku tak tau nak brek macam mana. Sebagai jalan penyelesaian, aku pilih langgar pokok kelapa dari masuk longkang besar. Bijak tak aku?? Lepas excident, tangan aku bengkak mungkin ada urat lari. Terpaksa pergi mengurut dengan makcik kampung. Nak menangis rasanya. Tahan je la kalau nak cepat sembuh. Aku fobia bawa motor agak lama jugak.

Image: mimimashud.tumblr.com

Oklah sampai disini saja. Malas nak tulis ending. Dah cukup banyak dah aku merepek.
Selamat Berpuasa. As Salam.

 
S Pink Premium Pointer